Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
Antara tanda-tanda besar kedatangan Hari Kiamat adalah munculnya Imam Mahdi. Disebut bahawa pada akhir zaman, akan keluar seorang lelaki dari kalangan Ahlul Bait, di mana Allah akan mengukuhkan agama Islam dengannya. Dia akan menjadi pemimpin selama tujuh tahun. Bumi akan dipenuhi dengan keadilan. Seluruh umat akan merasa kenikmatan pada zamannya dengan kenikmatan yang belum dirasakan sebelumnya. Bumi mengeluarkan pelbagai tumbuhan, langit menurunkan hujan dan harta dilimpah-ruahkan tanpa batas.[1]
No comments:
Post a Comment